
Assalamualaikum dan hai semua. Jadi baru-baru ni, aku ke Kula Cakes di Kuantan. Satu-satunya di Malaysia sejak 2011. Tempat ni memang tempat wajib korang pergi kalau singgah dekat sana. Sebelum ni, member aku yang tinggal sini memang selalu ajak tapi itulah baru sempat datang Kuantan. Aku pun banyak jugak tengok dekat Instagram dan Twitter pasal Kula Cakes ni. Senang cakap memang tempat ini memang viral lah sebagai pemanis mulut. Tak kira lah orang Kuantan atau orang luar memang confirm akan datang sini punya.
Waktu awal-awal sampai tu, memang kena beratur ye sebab memang barisan masuk ke kedai tu panjang. Waktu aku sampai tu tengah hujan renyai-renyai manja gitu, dengan tak bawak payung memang hadap je lah. Takkan nak blah kut yelah dahlah first time nak try pastu bukan senang nak datang sini.
Jadi ni antara pilihan kek yang ada dekat Kula Cakes ni. Banyak pilihan yang korang boleh cuba. Kek yang wajib korang cuba bila datang sini ialah Mango Cheese Cake. Kek ni adalah best seller dan pilihan utama customer yang datang. Mana taknya, orang depan aku 4 daripada 5 mesti beli kek Mango tu. Beli pulak bukan yang slice tapi yang setengah kilogram dengan 1 kilogram. Haa kau rasa?!!
Harga untuk 1 slice bagi setiap kek:
Mango Cheese Cake: Antara RM7-RM9
Pavlova: RM10.60
Nutella Pavlova: RM12.90
Chocolate Moist Cake: RM9.90
Chocolate Salted Caramel Cake: RM13.90
Chocolate Oreo Cake: RM7.90
Walnut Carrot Cake: RM10.60
Ada je kek lain selain yang ni tapi takde paparan harga. So yang ni je aku tau. Untuk Mango Cheese Cake tu korang boleh beli sama ada slice, setengah kilogram dan 1 kilogram jugak.
Korang agak kek apa yang aku beli? Disebabkan aku memang minat coklat so aku beli Nutella Pavlova, Chocolate Oreo Cake & Chocolate Salted Caramel Cake. Kenapa tak beli Mango? Sebab member aku dah beli and kitorang memang nak try dulu. And untuk pengetahuan korang, kitorang memang menyesal sangat sebab beli Mango Cake tu satu je. Rasa mango tu serius sedap gila and memang ngam sangat dengan cheese cream tu. Memang rasa heaven sangat. Fuhh terbayang-bayang nikmat kek tu waktu tengah taip ni ha.
![]() |
Chocolate Salted Caramel Cake (kiri), Chocolate Oreo Cake (kanan) |
Kek coklat yang lain tu pun sedap jugak. Memang rasa local hahaha macam mana eh nak explain rasa tu. Tapi bagi aku memang berbaloi lah kalau korang cuba kek dekat sini. Worth sangat. Bukan sebab kedai ni viral atau tak tapi memang puas hati sangat lepas korang beratur panjang then dapat makan kek ni. Bukan tu je, decoration untuk tempat makan kat sini pun cantik. Tapi aku takde gambar sebab time tu tengah hujan. So tunggu apa lagi gais, jemputlah merasa kek di Cula Cakes, Kuantan. Taste setiap orang mungkin berbeza tapi apa salahnya kalau mencuba kan? Mungkin boleh jadi pemanis mulut pilihan kan. Yang dah cuba, boleh komen pendapat korang tentang kek kat Kula Cakes ni.
So itu saja setakat ni. Jumpa lagi di next entry ye.
Kula Cakes Kuantan:
No comments:
Post a Comment