Aku buat dekat UTC Sungai Petani sebab yang tu paling dekat dengan tempat aku walaupun jauh jugak sebenarnya, hehehe. Aku naik ktm Gurun then turun dekat ktm Sungai Petani. Rasionalnya aku naik ktm sebab UTC Sungai Petani lebih kurang 100 meter je dari stesen ktm Sungai Petani.
Maka, berjalanlah aku di bawah matahari terik di kala panaih lit lit tu ke UTC tersebut. Aku sebenarnya dah keluar awal dari rumah tapi sebab aku tak alert dengan jadual ktm dekat utara. Ktm kat sana bukan macam dekat area KL yang selang 40 minit akan sampai. Dekat sana, setiap sejam sekali. Kalau nasib tak baik, dua jam sekali dan akulah mangsa nasib tak baik tu. Sebab tu lah, aku sampai dekat UTC tu waktu matahari tengah rembang.
Sesampainya aku kat situ, aku terus ke Jabatan Imigresen di tingkat 2. Tapi korang tahu tak betapa terkejutnya aku bila tengok barisan manusia sampai ke luar daripada pejabat tu. Aku dengan pasrahnya menapaklah beratur belakang deretan manusia tu untuk ambik nombor.
Mungkin silap aku sebab datang salah timing. Mana idoknyer yop, hari yang aku pergi tu betul-betul selepas dua hari cuti Tahun Baharu Cina. Memang ramailah rakyat marhaen yang datang hari tu.
Okay bila dah sampai dekat kaunter tu, pegawai tu akan tanya nak buat urusan apa. Bila aku cakap nak buat passport untuk kali pertama, dia mintak salinan ic. Hmm, aku terkaku. Iye gais, aku takde pun salinan tu. Jadi, aku pun pergi lah kedai fotostat yang memang berdekatan dekat situ.
Buat kali kedua, aku pun beratur lagi untuk ambik nombor. Lepas dah dapat nombor, aku tengok dekat skrin. Giliran aku 60 orang daripada giliran waktu tu. Kerusi kat situ full ye, memang takde tempat nak duduk. Dengan penuh kesabaran, aku berdiri tengok gelagat manusia dalam tempat tu. Ragam ibu bapa yang cuba attract anak kecil diorang untuk tengok kamera, ragam family yang nak buat passport sorang je tapi bawak sekampung, ragam pakcik yang bila duduk sampai dua kerusi dia bedal. Terhibur kejap aku perhati semua ni.
Hampir satu jam aku menunggu, kau tahu apa lagi malang yang menimpa aku? Sistem down puleksssss. Huwaaa sabo je lah teman. Dalam 20 minit jugaklah, aku termenung dalam tu dan ramai lagi yang still stay kat situ walaupun ada masalah teknikal tu. Lepas tu, aku decide gi isi perut dulu daripada bazir masa melepet dalam tu. Then lepas aku datang balik, sistem dah okay. Nombor giliran aku pun dah dekat. Nampak tak betapa lamanya 60 orang tu?
Setelah sekian lama menunggu maka giliran aku pun sampai. Pegawai tu mintak salinan ic dan ic asal. Then, dia suruh check maklumat dalam borang yang dia dah print. Kemudian, ready untuk tangkap gambar. Selesai yang tu, aku kena tunggu nombor aku dipanggil sekali lagi dekat bahagian kaunter pembayaran. Untuk yang ni, memang tak perlu tunggu lama. Selesai buat pembayaran, pegawai tu maklumkan dalam tempoh setengah jam aku kena ambik nombor baru untuk ambik passport.
Lepas solat, cukup setengah jam and aku pun ambik nombor. Dalam masa 5 minit je, nombor aku dah dipanggil. Pegawai tu minta aku sign borang dan ulala siaplah passport aku dalam tempoh aku pun tak tahu berapa lama sebab kekangan di atas. Mungkin kalau korang pergi waktu hari bekerja, urusan korang lebih cepat berbanding aku kan.
Ringkasnya kalau nak buat passport, pastikan korang bawak:
-kad pengenalan
-salinan kad pengenalan (1 salinan)
-bayaran RM200 (dewasa), RM100 (12 tahun ke bawah)
Jadi itu sahaja perkongsian dan bebelan aku untuk kali ni. Terima kasih sudi membaca. Stay tuned untuk entry lain pulak yerps.
terima kasih awk... alhamdulillah dpt info baru.. sebab nak masuk singapore.. klu bukan sebab nak msuk sana xde nye nak buat๐๐ cari info mcm ni.. harga tu dh kurang ye kak? dgr tahun leps rm300 fuhhh.. rezeki buat tahun ni dpt murah๐๐ terima kasih ats info yg dikongsi
ReplyDelete