Tuesday, June 22, 2021

A Hating Game (Sally Thorne)

Assalamualaikum dan hai semua. Lama betul aku tak update kat sini. Harap korang semua sentiasa sihat dan jaga diri sepanjang PKP 3.0 ni. So untuk post kalini, aku akan review buku yang aku dah baca sepanjang waktu lapang aku dan insyaAllah untuk entry akan datang jugak. Mostly buku yang aku baca adalah novel fiksyen dalam bahasa Inggeris dan genre romance, untuk setakat ni lah. Sebelum tu, ulasan yang aku bagi ni adalah pendapat peribadi aku dan mungkin berbeza dengan pendapat orang lain. Jom tengok ulasan buku yang pertama.


Tajuk: The Hating Game
Penulis: Sally Thorne

Synopsis:
Lucy Hutton has always been certain that the nice girl can get the corner office. She’s charming and accommodating and prides herself on being loved by everyone at Bexley & Gamin. Everyone except for coldly efficient, impeccably attired, physically intimidating Joshua Templeman. And the feeling is mutual.

Trapped in a shared office together 40 (OK, 50 or 60) hours a week, they’ve become entrenched in an addictive, ridiculous never-ending game of one-upmanship. There’s the Staring Game. The Mirror Game. The HR Game. Lucy can’t let Joshua beat her at anything—especially when a huge new promotion goes up for the taking.

If Lucy wins this game, she’ll be Joshua’s boss. If she loses, she’ll resign. So why is she suddenly having steamy dreams about Joshua, and dressing for work like she’s got a hot date? After a perfectly innocent elevator ride ends with an earth-shattering kiss, Lucy starts to wonder whether she’s got Joshua Templeman all wrong.

Maybe Lucy Hutton doesn’t hate Joshua Templeman. And maybe, he doesn’t hate her either. Or maybe this is just another game.


[SPOILER ALERT]
Buku ni lebih kurang dalam 300+ muka surat tapi tak ambik masa yang lama pun untuk habiskan. Penulisan ayat dalam bahasa Inggeris buku ni pun senang untuk faham cuma aku susah nak bayangkan keadaan pejabat dalam cerita tu. Penceritaan tentang 'from enemies to lover', mungkin agak cliche bagi orang lain. Aku suka watak Joshua yang penulis ni cuba nak terapkan melalui ciri-ciri dia yang unik. Konflik dalam cerita ni pun agak tense bagi aku sebab aku tak dapat agak minor plot twist yang ada waktu pertengahan buku yang melibatkan keluarga Joshua. Yang paling aku tak boleh terima ending cerita ni sebab aku sendiri pun tak sangka penulis tu twistkan siapa sebenarnya Joshua tu. Kisah kekeluargaan dalam cerita ni pun memang situasi yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Cuma aku rasa ending cerita ni agak tergantung pasal apa penerimaan ayah Lucy tentang Joshua dan adakah Joshua memang dah berbaik dengan ayah dia atau ayah dia still berkeras dengan dia.

Overall, aku suka dengan gaya penulisan Sally ni sebab kena dengan genre bacaan aku. Yang pasti, buku ni memang buat aku senyum sorang-sorang. Jadi, mungkin lepas ni aku akan cari dan baca lagi hasil penulisan beliau yang lain.

Rating
Goodreads: 4.1/5
My personal review: 4.3/5

Jadi setakat itu saja untuk entry kali ni. Korang boleh dapatkan buku ni sama ada di kedai buku atau secara online di shopee atau website mana-mana kedai buku. Selamat membaca dan jumpa lagi pada entry yang lain.

Friday, July 24, 2020

Pengalaman Temu Duga IPGM secara Online 2020 (Lepasan SPM)



Assalamualaikum dan hai semua. Wahh, lama betul ya tak berblog. Harap semuanya sihat lah ye dan teruskan ikut SOP. So, harini aku nak share dengan korang tentang permohonan ke IPG untuk sesi 2020 terutamanya untuk yang tak dapat tawaran untuk tahun ni and sebagai reference untuk lepasan SPM akan datang. Aku banyak tolong adik aku settle kan permohonan dia waktu PKP dulu. Sebab tu lah, aku dapat share pasal ni dengan korang.

So are you ready, kids? Let get it!

1. PERMOHONAN UPU
Memandangkan Universti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) & Matrikulasi diselaraskan di bawah sistem permohonan yang sama iaitu UPU online. Jadi, persaingan untuk masuk ke IPT yang dipilih sekarang memang sengit. Kalau dulu, setiap IPT ni guna sistem permohonan yang berbeza tapi sekarang tak lagi. Macam biasa, korang kena beli pin UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Haritu adik aku beli harga dia lupa jugak. Maybe dalam belas-belas ringgit macam tu. Pin ni penting untuk korang first time login untuk UPU online. Takde pin ni, korang tak boleh isi UPU tu. Jadi, pastikan tak hilang okay.

i. Isi segala maklumat dalam UPU online (maklumat peribadi/ibu bapa/pendidikan dsb)

ii. Semak syarat kelayakan untuk IPT yang dipilih
-Dalam UPU online ni, ada satu bahagian untuk semak syarat kelayakan. So adik aku check dulu IPT dan course mana yang dia layak bersesuaian dengan result SPM dia tu. Kalau result kau gempak, memang semua kau boleh apply lah. Tapi kalau biasa² pun, banyak lagi course yang layak. Jangan risau okay!

iii. Susun pilihan berdasarkan kelayakan
-Dalam UPU online ni, ada 12 pilihan IPT yang korang kena isi. Boleh campur UA (asasi/diploma), Matrikulasi atau IPGM. Pastikan korang pilih course yang korang layak sahaja! Sebab dalam pilihan IPT tu akan keluar semua pilihan yang korang layak dan tak layak okay. Dalam 12 pilihan ni, 6 wajib isi dan 6 lagi pilihan. Zaman aku dulu semua 12 pilihan wajib isi. Tapi better korang isi je semua pilihan tu ikut kelayakan dan minat korang. 

Untuk IPG, pastikan korang letak 6 pilihan wajib tu dengan IPG je. Jangan campur dengan UA atau Matrikulasi. Sebab IPG ni melibatkan temu duga. Kalau campur, nanti tak dapat ke temu duga IPG? Bukanlah tak dapat cuma kebarangkalian tu agak rendah lah. Setakat ni, semua jelas kan? Okay, next!

2. E-UKCG & TEMU DUGA
So adik aku lepas untuk ukcg & temu duga untuk IPGM. Penting aku bagitau korang yang cara ukcg & temu duga untuk tahun ni berbeza memandangkan masa ni adalah waktu PKP. Mass gathering tak dibenarkan sama sekali. Kalau ikutkan temu duga dulu², korang kena check online untuk tengok korang akan ditemu duga di IPG mana. Tapi sebab PKP, temu duga buat secara online di rumah saja. Tarikh temu duga tahun 2020 bermula 3 Mei hingga 10 Mei. Kena buat apa untuk temu duga online ni?

i. E-UKCG (UJIAN KELAYAKAN CALON GURU)
-Setiap orang dapat tarikh yang berbeza untuk e-ukcg ni. Adik aku kena jawab 6 Mei. Link untuk jawab ni akan dapat dari pismp.moe.gov.my. Waktu menjawab bermula 12.00am - 11.59pm. Jadi, link tu hanya akan available dalam tempoh ni saja. Tak awal dan tak lambat. Ada 2 bahagian yang kena jawab. Bahagian A dan Bahagian B. Adik aku lupa dah berapa jumlah semua soalan dan berapa tempoh menjawab ujian ni. Tak silap dalam 1 jam lebih macam tu kut.

Soalan dia macam soalan psikometrik untuk uji personaliti korang layak atau tak untuk jadi bakal guru. Soalan dia simple je tapi ada beberapa yang agak mengelirukan. Jadi, dalam 24 jam untuk tarikh yang korang dapat tu, luangkan masa sebaik mungkin untuk fikir betul² masa jawab tu. Ouh ya, peluang jawab ni hanya sekali saja. Kalau tetiba tengah menjawab tu, line internet tetiba hilang, laptop habis bateri atau laptop jem, memang wasalam lah jawabnya. So, pastikan korang buat persediaan betul² and elakkan daripada berlaku masalah teknikal ni okay.

ii. TEMU DUGA ONLINE
Temu duga ni dijalankan secara individu, perlu dirakam dan dihantar kepada pihak IPGM sebelum tarikh tutup di atas. Dalam temu duga ni, adik aku kena rakam satu video selama 8 minit tanpa sebarang suntingan. Dengan bahasa mudah, one shot video tanpa edit apa². Macam mudah kan? Tapi aku taktau lah berapa kali adik aku retake video dia. Dalam temu duga ni, ada 3 bahagian yang kena tunjukkan dalam video: 

1- Pernyataan Hasrat (3 minit)
-Untuk yang ni, kena bagitau nama dan no ic korang untuk rujukan pihak IPGM. Kemudian, terangkan sebab korang nak jadi guru. Dalam bahagian ni, penting untuk korang jual diri korang dengan course yang korang pilih. Contoh, kalau korang pilih course Sejarah then ceritakan pencapaian terbaik korang pasal course tu. Kalau takde, ceritakan pencapaian paling hebat sekali waktu kat sekolah dan kaitkan dengan course yang korang pilih tu. Apa yang boleh korang hasilkan melalui pencapaian tersebut terhadap course yang korang pilih? Haa gitu.

2- Demonstrasi mengajar (4 minit)
Untuk bahagian ni, korang perlu pilih mana² tajuk yang ada dalam buku teks course yang korang pilih. Kalau pilih Bahasa Melayu, korang boleh ajar tentang huruf vokal/ huruf konsonan, kata nama am/ kata nama khas atau penjodoh bilangan. Banyak sangat tajuk yanh korang boleh ajar. Korang jugak boleh mengajar sambil bercerita. Pastikan korang kreatif waktu mengajar. Boleh ajar guna teknik nyanyian, guna alat muzik dan lukisan. Ni sesuai untuk semua subjek tau. Masa rakam bahagian ni, adik aku mengajar dinding. Kau bayangkan macam mana dia nak tunjuk gaya macam tengah mengajar murid²? Intonasi suara, pergerakan tangan dan mimik muka jugak kena main peranan tau.

3- Paparan dokumen (1 minit)
Bahagian last ni, adik aku kena tunjuk slip SPM dia dan sijil² akademik/pencapaian terbaik yang dia ada. Nak tunjuk semua memang tak sempat lah sebab seminit je. Sambil tunjuk tu, dia explain sikit² pasal sijil tu. Tak silap aku, dia tunjuk 6 sijil termasuk slip SPM.

Dalam video ni, syarat dia mesti berpakaian formal lengkap dari atas sampai bawah. Pakai kemeja, seluar slack, neck tie dan berkasut yaa! Untuk course Pendidikan Islam, tak silap aku ada melibatkan hafazan surah tertentu. 

3. SUBMIT VIDEO
Adik aku kena upload video dalam Youtube dan unlisted kan video dia. Maknanya, orang yang ada link saja yang boleh view video tu. Lepas dah upload, adik aku pun submit link Youtube tu kepada pihak IPGM dalam website yang sama dengan e-ukcg tadi masa 9 Mei haritu. Better hantar awal untuk elak masalah teknikal macam internet slow, video tetiba tak boleh play atau lebih teruk video tetiba hilang. Buat salinan video banyak² terus untuk back up. Kita tak tahu kan apa nak jadi? Dalam website tu jugak, adik aku kena upload gambar saiz passport yang pihak IPGM mintak. Panduan untuk e-ukcg dan temu duga memang dah dilampirkan dalam website tu jugak. So, jangan pening² ya!

4. TAWARAN KEMASUKAN
3 Jun haritu adik aku pun bukak website IPGM tu untuk check dapat tawaran ke tak. And Alhamdulillah adik aku dapat first choice dia dalam UPU online iaitu bidang Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Dapat pulak dekat je dengan rumah. Memang rezeki dia. 20 Julai haritu baru keluar surat tawaran. Sebab dah confirm tu lah, aku share cara permohonan ni dekat korang. InshaAllah 1 September ni dia akan mendaftar dekat IPG yang dia dapat. IPG mana? Biarlah rahsia gituu.

Aku tekankan sekali lagi ni permohonan tahun 2020 sewaktu PKP berlangsung. Mungkin tahun² akan datang, UKCG dijalankan secara bersemuka iaitu korang perlu buat ujian kecergasan seperti bleep test, sit up, pumping dan sebagainya. Korang juga akan ditemu duga secara bersemuka dengan panel penilai IPGM dengan soalan² yang mencabar minda dan perlu mengajar di hadapan mereka.

So apa yang aku boleh katakan ialah pastikan korang minat nak jadi guru dan pilih course yang korang memang minat berdasarkan syarat kelayakan. Nak jadi cikgu sekarang banyak cabaran dik oii! Tapi jangan risau. Walaupun tak dapat IPG, tempat belajar lain pun ada kelebihan jugak. Masuk IPG kalau tak pandai survive tak guna jugak. Yang penting, kana pandai bawak diri.

P/s: Boleh suscribe dan tengok video di Youtube Abdul Muiez Ruslee. Banyak tips yang selalu Cikgu Muiez share pasal pendidikan memandangkan beliau ialah seorang kaunselor sekolah. Pergi follow cepat!

Jadi, itu saja untuk kali ni. Nantikan next sharing pulak okay! Banyak benda nak share dengan korang tapi tu lah tu. Jumpa lagi. Assalamualaikum dan bye!

Friday, January 17, 2020

T Planner 2020 by Teme Abdullah



Assalamualaikum dan hai semua. Salam 2020! Sedar tak sedar dah hampir 4 minggu kita berada dalam tahun 2020 kan? Mungkin belum terlambat untuk aku kongsikan pasal T Planner 2020 daripada Teme Abdullah. Buat yang tak kenal, mesti korang tertanya-tanya kan siapa Teme ni? Teme ni adalah seorang arkitek dan juga penulis buku. Korang boleh usha instagram dia untuk tengok siri buku yang dia dah tulis. And dia jugak dah buat 2 planner dan salah satunya T Planner 2020 ni lah. So untuk kali ni, aku nak share macam mana aku beli T Planner 2020 ni. 

Pertama sekali, korang kena pastikan yang korang dah follow akaun instagram Teme untuk korang follow up pasal tarikh pre-order planner ni. Untuk planner kali ni, tarikh pre-order dibuka pada 24 Oktober 2019. Untuk pengetahuan korang, first edition T Planner 2019 ni hanya ada 11 111 unit sahaja dan T Planner 2020 pulak hanya 22 222 unit. Mesti korang rasa macam banyak gila kan? BUT NO!! Planner serius laku keras and habis terjual dalam masa kurang daripada seminggu sahaja. So sebab tu lah, korang kena follow akaun Teme supaya korang tak terlepas peluang nak beli planner ni. Korang jugak boleh tengok content planner tu dalam instagram dia.

So bila dah bukak tarikh pre-order, cepat-cepatlah korang ikut step yang dia dah tunjuk dekat instagram tu atau mungkin swipe up saja link yang dia dah bagi. Link ni akan terus direct untuk proceed payment planner korang. Untuk T Planner 2020 ni ada dua version iaitu Exclusive Planner dan Premium Planner. Harga bagi dua-dua planner ni berbeza sebab ciri-ciri dia pun memang lain. Jadi sebelum proceed payment, korang mesti dah tetapkan pendirian nak pilih yang mana satu. Kalau tak nanti melepas pulak. Hehehe.

Seperti yang dinyatakan, tarikh tu adalah pre-order bukannya order. Maka, dengan hati yang cekal dan tabah, korang perlu menunggu penghantaran planner korang dalam tempoh 2 bulan. Kebiasaannya, planner korang akan sampai pada pertengahan atau penghujung bulan 12.  Oh ya! T Planner ni adalah di bawah Iman Publications. So, korang akan sentiasa diupdate tentang proses T Planner korang daripada lepas order sehinggalah planner korang dah sampai. Jangan risau, planner korang takkan lari. Waktu tahun baru tu korang dah boleh merancang dengan baik.


Apa yang bagus sangat tentang T Planner ni? Biasa je tengok. Okay untuk pengetahuan korang, T Planner untuk kedua-dua edition adalah hand drawn sendiri oleh Teme. Bukan senang ye nak lukis planner dengan colourful nya. Dan planner ni LIMITED EDITION. Bila semua unit tu dah habis dijual, no more restock and no more pre-order. Kalau korang nak, korang kena tunggu untuk planner untuk next edition pulak.


Aku dah grab dua-dua edition T Planner ni untuk 2019 dan 2020. Untuk 2020,aku pilih premium planner. Bagi aku, memang berbaloi sangat aku invest duit aku untuk planner tu. Planner tu memang cantik sangat and sangat spesifik sangat untuk susun plan korang. And this is my personal review and pendapat kita mungkin berbeza. Aku memang sayang gila nak catat dalam planner sebab taknak cemarkan planner tu dengan tulisan buruk aku kahkahkah. Untuk pengetahuan korang jugak, YDPA Agong dan Raja Permaisuri Agong pun ada jugak T Planner 2020 ni dan diberikan sendiri oleh Teme sendiri. Fuhhh!! Hebatkan T Planner ni?

T Planner 2020
Exlusive Planner - RM50
Premium Planner - RM75

So korang dah boleh start menabung untuk beli next edition pulak. Nanti sama-sama kita berebut untuk beli planner akan datang okayy. Korang boleh usha proses T Planner and perjalanan kisah hidup Teme yang kekal unknown di link berikut:

Instagram: teme Abdullah & The T Guy
Twitter: teme Abdullah
Blog: Temerity

Itu sahaja untuk kali ini. Sampai berjumpa lagi di next entry yaaa. 

Monday, December 30, 2019

Yayasan Terengganu: Bantuan Persediaan untuk anak Terengganu




Assalamualaikum dan holla. Peteh Ganu Peteh! tibehhh Untuk kali ni, aku nak share cara memohon bantuan persediaan kepada anak Terengganu. Just make it simple.


SYARAT PERMOHONAN
  • Anak negeri Terengganu iaitu salah seorang daripada ibu/ bapa/ penjaga adalah rakyat Terengganu (warganegara Malaysia) dan berdaftar sebagai pengundi di Dun Negeri Terengganu
  • Ibu/ bapa/ penjaga pemohon yang bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin tetap melebihi 10 tahun mendapat surat pengesahan daripada majikan/ penghulu mukim/ ketua kampung.
  • Institusi pengajian mestilah diiktiraf oleh kerajaan, diluluskan Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pengajian sepenuh masa dan pemohon tidak bekerja.
  • Kursus Latihan Kemahiran tidak layan memohon.
  • Tempoh pengajian tidak kurang satu tahun.
  • Syarat umur bagi permohonan:
  1. Sarjana (master): 25 tahun ke bawah
  2. Doktor Falsafah (PhD): 30 tahun ke bawah

CARA MEMOHON
Sila klik pautan di bawah untuk memohon:



DOKUMEN DIPERLUKAN
Pemohon perlu menyediakan dokumen seperti:
  • Borang permohonan yang lengkap (dicetak)
  • Salinan kad pengenalan pemohon (disahkan)
  • Salinan surat beranak pemohon (disahkan)
  • Salinan surat tawaran (disahkan) & dibawa salinan ASAL
  • Salinan Kad Pengenalan bapa/penjaga (disahkan)
  • Salinan Kad Pengenalan ibu (disahkan)
  • Salinan slip keputusan peperiksaan UPSR/ PT3 (bagi asrama penuh) dan SPM/ Transkrip peperiksaan terakhir (bagi pemohon IPT) (disahkan)
  • Salinan sijil berhenti sekolah rendah (disahkan)
  • Salinan sijil berhenti sekolah menengah (disahkan)
  • Surat mastautin ibu-bapa kepada yang berkenaan (Jika ibu dan bapa/penjaga bukan kerakyatan Terengganu).
  • Ibu/ bapa/ penjaga dan adik-beradik kandung sahaja yang dibenarkan mewakili pemohon. Sila sertakan satu SALINAN MyKad wakil.
  • Sila sertakan salinan resit bayaran RM200.00 atau cop pengesahan pendaftaran semasa mendaftar (bagi pemohon IPTS).
  • Bagi tawaran luar negara, sila lampirkan salinan surat penajaan atau salinan tiket kapal terbang.
  • Sila sertakan salinan muka depan akaun bank pelajar dan pastikan akaun tersebut AKTIF

PENYERAHAN PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah dicetak beserta dokumen yang lengkap perlulah diserahkan secara walk in atau pos kepada:

Yayasan Terengganu,
Bangunan Yayasan, Jalan Sultan Ismail, 
20200 Kuala Terengganu, 
Terengganu Darul Iman.

Permohonan perlulah diserahkan sebelum tarikh mendaftar atau sebulan selepas mendaftarkan diri di pusat pengajian tersebut. Permohonan akan terus diproses sekiranya telah lengkap dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Korang boleh klik sini untuk tengok kadar bayaran untuk setiap peringkat pengajian.


Sebarang maklumat atau pertanyaan lebih lanjut, korang boleh hubungi atau terus ke website di bawah:

No telefon: 09-6221733
Website: Laman Web Rasmi Yayasan Terengganu
Emel: Yayasan Terengganu
Facebook: @yayasanterengganu.yt
Instagram: @yayasan.terengganu


Jadi buat korang yang layak memohon terutamanya anak Terengganu, silalah mohon bantuan ni. Jangan risau, aku tak scam korang. Rezeki orang nak bagi, takkan nak tolak kan? Tak salah mencuba. Aku pun dah 2 kali mohon and Alhamdulillah dua-dua lepas. Korang cuma perlu pastikan lepas syarat then isi permohonan online. Make sure jugak semua dokumen tu lengkap dan disahkan. Then, dah boleh serahkan. Mudah bukan? Macam aku haritu, ambik masa dalam 2,3 bulan jugaklah sebelum dapat.


Tips: Aku cadangkan korang walk in terus ke bangunan yayasan so pegawai dekat sana boleh check terus dokumen korang lengkap ke tak. Kalau dia terima terus, memang rezeki lah. Kalau kena reject, pulanglah korang dengan ketabahan. Takpe, yang penting jangan putus asa. 


Okay gais. Itu saja untuk kali ni. Stay tuned untuk entry lain yang bakal menyusul. Selamat mencuba! 

Thursday, December 26, 2019

Myeongdong Topokki: Korean Street Food



Assalamualaikum dan holla semua. Berjumpa lagi kita. Untuk kali ni, aku nak share satu lagi tempat makan dengan korang iaitu Myeongdong Topokki. Konsep ini diambil daripada stesen subway di Myeongdong, Korea yang sangat terkenal dengan syurga makanan. Mula bertapak di Malaysia sejak 2014 berkonsepkan street food seperti topokki. Mungkin ada dalam kalangan korang yang dah pernah datang ke sini. Actually, aku boleh katakan kedai ni memang favourite spot aku setakat ni kalau tetiba craving makanan Korea berbanding kedai-kedai Korea yang lain. Aku rasa dah banyak kali aku datang sini sejak member aku perkenalkan dulu.



Untuk kali ni, aku bawak sepupu aku dengan dua orang kawan dia sebab diorang baru kali kedua datang and still tak familiar dengan makanan Korea. Tapi at least aku dah berjaya pengaruh dia kehkehkeh. So, korang boleh tengok menu apa yang ada dekat sini dalam ni tapi tak silap aku harga dia tak termasuk dengan sst dan service charge lagi. Maka berpinau lah mata kami sebab tak tahu nak makan apa masa tengok menu ni.



Oh ya, kedai ni jugak berkonsepkan self service ye. Bila korang dah decide nak makan apa, kena order sendiri dekat kaunter. Bukan style mamak yang kau selalu buat isyarat tangan macam duduk kelas nak jawab soalan cikgu tu. Korang tak perlu susah-susah nak usung menu tu letak depan cashier tu sebab atas meja cashier tu dah ada menu yang diorang sediakan. Korang just pergi dan tunjuk je apa korang nak makan. Tak payah susah-susah nak hafal nama makanan kau. Tahulah kau kaki drama pun hehehe. Selesailah bab mengorder.



Lepas dapat resit tu, pastikan korang simpan resit tu elok-elok. Jangan terus renyukkan pastu letak dalam beg. Karang tercampur pulak dengan resit yang lain satu hal pulak nak mencari. Lagi sadis terus dibuangnya entah mana hala. Korang boleh ambil makanan dekat kaunter bila nombor giliran korang dah sampai. Itulah motifnya simpan resit sebab nak tunjuk dekat pekerja tu yang tu adalah makanan kau. So, bila nombor kitorang dah berbunyi, terus kitorang serbu kaunter tu eh takde lah kitorang pun ambik makanan kat kaunter lepas dah tunjuk resit. Haa agak-agak apa yang kitorang order kat sini? Jeng jeng jeng




Amende lah yang kitorang order ni kan?

Atas dari kiri (dalam bekas besi):
Hangul Chicken, Ganjang Chicken, Chicken Mandu, Cheesy Bulgogi Fries

Bawah dari kiri (hidangan set):
Dakgalbi Chicken Deopbap, Hangul Chicken Ramyun

Untuk hidangan set, dah ada air green tea sekali dalam pakej tu. Air green tea yang kelat tu ye bukan yang ala ala Thai tu. Korang boleh pilih nak green tea tu dengan ais atau tanpa ais. Ada jugak air lain dalam menu tu, jangan risau. Straw tak disediakan sebab nak save the turtles. Jadi, disebabkan aku dah ambik hidangan set, aku tak beli air dah. Kitorang cuma tambah air Honey Vera je sebab lagi 2 orang tu just ambik street food bukan hidangan set. Aku memang akan pilih set nasi tu je setiap kali datang kedai ni sebab tekak aku ni tekak Melayu. Tak boleh lari dari nasi. Untuk side dishes dan air green tea bagi hidangan set, boleh refill ye. Maka mencekiklah kitorang disebabkan lapar tunggu semua makanan sampai. Struggle ye nak tunggu semua makanan disebabkan satu gambar. Maaflah tak sempat ambik gambar surrounding, lapar tak boleh bawak bincang.


Korang nampak seperti happy ending kan? Hakikatnya tidak yeee *nangis* Aku sebenarnya nak makan topokki tapi pekerja tu cakap stock dah habis, next week baru sampai yang baharu *mengenang nasib* Datang sini memang wajib aku order myeongdong topokki tu. Yang member sepupu aku ni craving tokochi. Last-last semua nan hado. Tapi takpelah, takde rezeki kan. Tak jadilah nak melantak macam bela saka ye dok. Kalau korang berhajat nak bungkus, akan ada cas tertentu untuk bekas bungkusan korang tu tapi bawah rm2.00 macam tu lah.


Lepas dah settle semua, pulanglah kami kekenyangan gituu. Yang ni aku makan dekat Terengganu. Selalunya aku pergi dekat Sunway Putra Mall. Kadang-kadang dekat 1 Utama ataupun Sunway Piramid. Untuk harga, aku boleh katakan bersesuaian lah dengan tekak kau yang teringin nak makan makanan luar. Worth lah. Pilihan makanan dia tak banyak. Tapi cukuplah untuk buat kau teringin. Jadi, jemputlah korang mencuba makanan di Myeongdong Topokki ni selain kedai-kedai Korea lain yang semakin hari semakin banyak tu.


Korang boleh check menu dan lokasi dekat website dan media sosial diorang. Diorang jugak selalu buat macam-macam challenge. Boleh usha dekat bawah ni:

Instagram: @myeongdongtopokki
Twitter@MTopokki
FacebookMyeongDong Topokki
WebsiteMyeongdong Topokki

Okay gais. Macam dah panjang sangat kan?I saja untuk kali ni. Sampai ketemu di next entry ye. Jumpa lagi.

Sunday, December 15, 2019

Kula Cakes: Pemanis Mulut Pilihan



Assalamualaikum dan hai semua. Jadi baru-baru ni, aku ke Kula Cakes di Kuantan. Satu-satunya di Malaysia sejak 2011. Tempat ni memang tempat wajib korang pergi kalau singgah dekat sana. Sebelum ni, member aku yang tinggal sini memang selalu ajak tapi itulah baru sempat datang Kuantan. Aku pun banyak jugak tengok dekat Instagram dan Twitter pasal Kula Cakes ni. Senang cakap memang tempat ini memang viral lah sebagai pemanis mulut. Tak kira lah orang Kuantan atau orang luar memang confirm akan datang sini punya. 




Waktu awal-awal sampai tu, memang kena beratur ye sebab memang barisan masuk ke kedai tu panjang. Waktu aku sampai tu tengah hujan renyai-renyai manja gitu, dengan tak bawak payung memang hadap je lah. Takkan nak blah kut yelah dahlah first time nak try pastu bukan senang nak datang sini.




Jadi ni antara pilihan kek yang ada dekat Kula Cakes ni. Banyak pilihan yang korang boleh cuba. Kek yang wajib korang cuba bila datang sini ialah Mango Cheese Cake. Kek ni adalah best seller dan pilihan utama customer yang datang. Mana taknya, orang depan aku 4 daripada 5 mesti beli kek Mango tu. Beli pulak bukan yang slice tapi yang setengah kilogram dengan 1 kilogram. Haa kau rasa?!!


Harga untuk 1 slice bagi setiap kek:

Mango Cheese Cake: Antara RM7-RM9
Pavlova: RM10.60
Nutella Pavlova: RM12.90
Chocolate Moist Cake: RM9.90
Chocolate Salted Caramel Cake: RM13.90
Chocolate Oreo Cake: RM7.90
Walnut Carrot Cake: RM10.60


Ada je kek lain selain yang ni tapi takde paparan harga. So yang ni je aku tau. Untuk Mango Cheese Cake tu korang boleh beli sama ada slice, setengah kilogram dan 1 kilogram jugak.


Korang agak kek apa yang aku beli? Disebabkan aku memang minat coklat so aku beli Nutella Pavlova, Chocolate Oreo Cake & Chocolate Salted Caramel Cake. Kenapa tak beli Mango? Sebab member aku dah beli and kitorang memang nak try dulu. And untuk pengetahuan korang, kitorang memang menyesal sangat sebab beli Mango Cake tu satu je. Rasa mango tu serius sedap gila and memang ngam sangat dengan cheese cream tu. Memang rasa heaven sangat. Fuhh terbayang-bayang nikmat kek tu waktu tengah taip ni ha.  



Chocolate Salted Caramel Cake (kiri), Chocolate Oreo Cake (kanan)


Kek coklat yang lain tu pun sedap jugak. Memang rasa local hahaha macam mana eh nak explain rasa tu. Tapi bagi aku memang berbaloi lah kalau korang cuba kek dekat sini. Worth sangat. Bukan sebab kedai ni viral atau tak tapi memang puas hati sangat lepas korang beratur panjang then dapat makan kek ni. Bukan tu je, decoration untuk tempat makan kat sini pun cantik. Tapi aku takde gambar sebab time tu tengah hujan. So tunggu apa lagi gais, jemputlah merasa kek di Cula Cakes, Kuantan. Taste setiap orang mungkin berbeza tapi apa salahnya kalau mencuba kan? Mungkin boleh jadi pemanis mulut pilihan kan. Yang dah cuba, boleh komen pendapat korang tentang kek kat Kula Cakes ni.

So itu saja setakat ni. Jumpa lagi di next entry ye.

Kula Cakes Kuantan:
Instagram 
Facebook

Saturday, February 16, 2019

Pengalaman buat passport kali pertama

Assalamualaikum dan aloha folks. Okay untuk entry ni, aku nak kongsi pengalaman aku buat passport untuk kali pertama. Sebenarnya, dah seminggu aku pergi buat tapi baru sekarang berkesempatan nak berkongsi dengan korang. Jadinya, aku rancang nak buat dekat UTC je sebab cepat dan mudah gitu. 

Aku buat dekat UTC Sungai Petani sebab yang tu paling dekat dengan tempat aku walaupun jauh jugak sebenarnya, hehehe. Aku naik ktm Gurun then turun dekat ktm Sungai Petani. Rasionalnya aku naik ktm sebab UTC Sungai Petani lebih kurang 100 meter je dari stesen ktm Sungai Petani.

Maka, berjalanlah aku di bawah matahari terik di kala panaih lit lit tu ke UTC tersebut. Aku sebenarnya dah keluar awal dari rumah tapi sebab aku tak alert dengan jadual ktm dekat utara. Ktm kat sana bukan macam dekat area KL yang selang 40 minit akan sampai. Dekat sana, setiap sejam sekali. Kalau nasib tak baik, dua jam sekali dan akulah mangsa nasib tak baik tu. Sebab tu lah, aku sampai dekat UTC tu waktu matahari tengah rembang.

Sesampainya aku kat situ, aku terus ke Jabatan Imigresen di tingkat 2. Tapi korang tahu tak betapa terkejutnya aku bila tengok barisan manusia sampai ke luar daripada pejabat tu. Aku dengan pasrahnya menapaklah beratur belakang deretan manusia tu untuk ambik nombor.

Mungkin silap aku sebab datang salah timing. Mana idoknyer yop, hari yang aku pergi tu betul-betul selepas dua hari cuti Tahun Baharu Cina. Memang ramailah rakyat marhaen yang datang hari tu.

Okay bila dah sampai dekat kaunter tu, pegawai tu akan tanya nak buat urusan apa. Bila aku cakap nak buat passport untuk kali pertama, dia mintak salinan ic. Hmm, aku terkaku. Iye gais, aku takde pun salinan tu. Jadi, aku pun pergi lah kedai fotostat yang memang berdekatan dekat situ. 

Buat kali kedua, aku pun beratur lagi untuk ambik nombor. Lepas dah dapat nombor, aku tengok dekat skrin. Giliran aku 60 orang daripada giliran waktu tu. Kerusi kat situ full ye, memang takde tempat nak duduk. Dengan penuh kesabaran, aku berdiri tengok gelagat manusia dalam tempat tu. Ragam ibu bapa yang cuba attract anak kecil diorang untuk tengok kamera, ragam family yang nak buat passport sorang je tapi bawak sekampung, ragam pakcik yang bila duduk sampai dua kerusi dia bedal. Terhibur kejap aku perhati semua ni. 

Hampir satu jam aku menunggu, kau tahu apa lagi malang yang menimpa aku? Sistem down puleksssss. Huwaaa sabo je lah teman. Dalam 20 minit jugaklah, aku termenung dalam tu dan ramai lagi yang still stay kat situ walaupun ada masalah teknikal tu. Lepas tu, aku decide gi isi perut dulu daripada bazir masa melepet dalam tu. Then lepas aku datang balik, sistem dah okay. Nombor giliran aku pun dah dekat. Nampak tak betapa lamanya 60 orang tu?

Setelah sekian lama menunggu maka giliran aku pun sampai. Pegawai tu mintak salinan ic dan ic asal. Then, dia suruh check maklumat dalam borang yang dia dah print. Kemudian, ready untuk tangkap gambar. Selesai yang tu, aku kena tunggu nombor aku dipanggil sekali lagi dekat bahagian kaunter pembayaran. Untuk yang ni, memang tak perlu tunggu lama. Selesai buat pembayaran, pegawai tu maklumkan dalam tempoh setengah jam aku kena ambik nombor baru untuk ambik passport.

Lepas solat, cukup setengah jam and aku pun ambik nombor. Dalam masa 5 minit je, nombor aku dah dipanggil. Pegawai tu minta aku sign borang dan ulala siaplah passport aku dalam tempoh aku pun tak tahu berapa lama sebab kekangan di atas. Mungkin kalau korang pergi waktu hari bekerja, urusan korang lebih cepat berbanding aku kan.

Ringkasnya kalau nak buat passport, pastikan korang bawak:
-kad pengenalan
-salinan kad pengenalan (1 salinan)
-bayaran RM200 (dewasa), RM100 (12 tahun ke bawah)

Jadi itu sahaja perkongsian dan bebelan aku untuk kali ni. Terima kasih sudi membaca. Stay tuned untuk entry lain pulak yerps.


A Hating Game (Sally Thorne)

Assalamualaikum dan hai semua. Lama betul aku tak update kat sini. Harap korang semua sentiasa sihat dan jaga diri sepanjang PKP 3.0 ni. So ...