Friday, July 24, 2020
Pengalaman Temu Duga IPGM secara Online 2020 (Lepasan SPM)
Assalamualaikum dan hai semua. Wahh, lama betul ya tak berblog. Harap semuanya sihat lah ye dan teruskan ikut SOP. So, harini aku nak share dengan korang tentang permohonan ke IPG untuk sesi 2020 terutamanya untuk yang tak dapat tawaran untuk tahun ni and sebagai reference untuk lepasan SPM akan datang. Aku banyak tolong adik aku settle kan permohonan dia waktu PKP dulu. Sebab tu lah, aku dapat share pasal ni dengan korang.
So are you ready, kids? Let get it!
1. PERMOHONAN UPU
Memandangkan Universti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) & Matrikulasi diselaraskan di bawah sistem permohonan yang sama iaitu UPU online. Jadi, persaingan untuk masuk ke IPT yang dipilih sekarang memang sengit. Kalau dulu, setiap IPT ni guna sistem permohonan yang berbeza tapi sekarang tak lagi. Macam biasa, korang kena beli pin UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Haritu adik aku beli harga dia lupa jugak. Maybe dalam belas-belas ringgit macam tu. Pin ni penting untuk korang first time login untuk UPU online. Takde pin ni, korang tak boleh isi UPU tu. Jadi, pastikan tak hilang okay.
i. Isi segala maklumat dalam UPU online (maklumat peribadi/ibu bapa/pendidikan dsb)
ii. Semak syarat kelayakan untuk IPT yang dipilih
-Dalam UPU online ni, ada satu bahagian untuk semak syarat kelayakan. So adik aku check dulu IPT dan course mana yang dia layak bersesuaian dengan result SPM dia tu. Kalau result kau gempak, memang semua kau boleh apply lah. Tapi kalau biasa² pun, banyak lagi course yang layak. Jangan risau okay!
iii. Susun pilihan berdasarkan kelayakan
-Dalam UPU online ni, ada 12 pilihan IPT yang korang kena isi. Boleh campur UA (asasi/diploma), Matrikulasi atau IPGM. Pastikan korang pilih course yang korang layak sahaja! Sebab dalam pilihan IPT tu akan keluar semua pilihan yang korang layak dan tak layak okay. Dalam 12 pilihan ni, 6 wajib isi dan 6 lagi pilihan. Zaman aku dulu semua 12 pilihan wajib isi. Tapi better korang isi je semua pilihan tu ikut kelayakan dan minat korang.
Untuk IPG, pastikan korang letak 6 pilihan wajib tu dengan IPG je. Jangan campur dengan UA atau Matrikulasi. Sebab IPG ni melibatkan temu duga. Kalau campur, nanti tak dapat ke temu duga IPG? Bukanlah tak dapat cuma kebarangkalian tu agak rendah lah. Setakat ni, semua jelas kan? Okay, next!
2. E-UKCG & TEMU DUGA
So adik aku lepas untuk ukcg & temu duga untuk IPGM. Penting aku bagitau korang yang cara ukcg & temu duga untuk tahun ni berbeza memandangkan masa ni adalah waktu PKP. Mass gathering tak dibenarkan sama sekali. Kalau ikutkan temu duga dulu², korang kena check online untuk tengok korang akan ditemu duga di IPG mana. Tapi sebab PKP, temu duga buat secara online di rumah saja. Tarikh temu duga tahun 2020 bermula 3 Mei hingga 10 Mei. Kena buat apa untuk temu duga online ni?
i. E-UKCG (UJIAN KELAYAKAN CALON GURU)
-Setiap orang dapat tarikh yang berbeza untuk e-ukcg ni. Adik aku kena jawab 6 Mei. Link untuk jawab ni akan dapat dari pismp.moe.gov.my. Waktu menjawab bermula 12.00am - 11.59pm. Jadi, link tu hanya akan available dalam tempoh ni saja. Tak awal dan tak lambat. Ada 2 bahagian yang kena jawab. Bahagian A dan Bahagian B. Adik aku lupa dah berapa jumlah semua soalan dan berapa tempoh menjawab ujian ni. Tak silap dalam 1 jam lebih macam tu kut.
Soalan dia macam soalan psikometrik untuk uji personaliti korang layak atau tak untuk jadi bakal guru. Soalan dia simple je tapi ada beberapa yang agak mengelirukan. Jadi, dalam 24 jam untuk tarikh yang korang dapat tu, luangkan masa sebaik mungkin untuk fikir betul² masa jawab tu. Ouh ya, peluang jawab ni hanya sekali saja. Kalau tetiba tengah menjawab tu, line internet tetiba hilang, laptop habis bateri atau laptop jem, memang wasalam lah jawabnya. So, pastikan korang buat persediaan betul² and elakkan daripada berlaku masalah teknikal ni okay.
ii. TEMU DUGA ONLINE
Temu duga ni dijalankan secara individu, perlu dirakam dan dihantar kepada pihak IPGM sebelum tarikh tutup di atas. Dalam temu duga ni, adik aku kena rakam satu video selama 8 minit tanpa sebarang suntingan. Dengan bahasa mudah, one shot video tanpa edit apa². Macam mudah kan? Tapi aku taktau lah berapa kali adik aku retake video dia. Dalam temu duga ni, ada 3 bahagian yang kena tunjukkan dalam video:
1- Pernyataan Hasrat (3 minit)
-Untuk yang ni, kena bagitau nama dan no ic korang untuk rujukan pihak IPGM. Kemudian, terangkan sebab korang nak jadi guru. Dalam bahagian ni, penting untuk korang jual diri korang dengan course yang korang pilih. Contoh, kalau korang pilih course Sejarah then ceritakan pencapaian terbaik korang pasal course tu. Kalau takde, ceritakan pencapaian paling hebat sekali waktu kat sekolah dan kaitkan dengan course yang korang pilih tu. Apa yang boleh korang hasilkan melalui pencapaian tersebut terhadap course yang korang pilih? Haa gitu.
2- Demonstrasi mengajar (4 minit)
Untuk bahagian ni, korang perlu pilih mana² tajuk yang ada dalam buku teks course yang korang pilih. Kalau pilih Bahasa Melayu, korang boleh ajar tentang huruf vokal/ huruf konsonan, kata nama am/ kata nama khas atau penjodoh bilangan. Banyak sangat tajuk yanh korang boleh ajar. Korang jugak boleh mengajar sambil bercerita. Pastikan korang kreatif waktu mengajar. Boleh ajar guna teknik nyanyian, guna alat muzik dan lukisan. Ni sesuai untuk semua subjek tau. Masa rakam bahagian ni, adik aku mengajar dinding. Kau bayangkan macam mana dia nak tunjuk gaya macam tengah mengajar murid²? Intonasi suara, pergerakan tangan dan mimik muka jugak kena main peranan tau.
3- Paparan dokumen (1 minit)
Bahagian last ni, adik aku kena tunjuk slip SPM dia dan sijil² akademik/pencapaian terbaik yang dia ada. Nak tunjuk semua memang tak sempat lah sebab seminit je. Sambil tunjuk tu, dia explain sikit² pasal sijil tu. Tak silap aku, dia tunjuk 6 sijil termasuk slip SPM.
Dalam video ni, syarat dia mesti berpakaian formal lengkap dari atas sampai bawah. Pakai kemeja, seluar slack, neck tie dan berkasut yaa! Untuk course Pendidikan Islam, tak silap aku ada melibatkan hafazan surah tertentu.
3. SUBMIT VIDEO
Adik aku kena upload video dalam Youtube dan unlisted kan video dia. Maknanya, orang yang ada link saja yang boleh view video tu. Lepas dah upload, adik aku pun submit link Youtube tu kepada pihak IPGM dalam website yang sama dengan e-ukcg tadi masa 9 Mei haritu. Better hantar awal untuk elak masalah teknikal macam internet slow, video tetiba tak boleh play atau lebih teruk video tetiba hilang. Buat salinan video banyak² terus untuk back up. Kita tak tahu kan apa nak jadi? Dalam website tu jugak, adik aku kena upload gambar saiz passport yang pihak IPGM mintak. Panduan untuk e-ukcg dan temu duga memang dah dilampirkan dalam website tu jugak. So, jangan pening² ya!
4. TAWARAN KEMASUKAN
3 Jun haritu adik aku pun bukak website IPGM tu untuk check dapat tawaran ke tak. And Alhamdulillah adik aku dapat first choice dia dalam UPU online iaitu bidang Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Dapat pulak dekat je dengan rumah. Memang rezeki dia. 20 Julai haritu baru keluar surat tawaran. Sebab dah confirm tu lah, aku share cara permohonan ni dekat korang. InshaAllah 1 September ni dia akan mendaftar dekat IPG yang dia dapat. IPG mana? Biarlah rahsia gituu.
Aku tekankan sekali lagi ni permohonan tahun 2020 sewaktu PKP berlangsung. Mungkin tahun² akan datang, UKCG dijalankan secara bersemuka iaitu korang perlu buat ujian kecergasan seperti bleep test, sit up, pumping dan sebagainya. Korang juga akan ditemu duga secara bersemuka dengan panel penilai IPGM dengan soalan² yang mencabar minda dan perlu mengajar di hadapan mereka.
So apa yang aku boleh katakan ialah pastikan korang minat nak jadi guru dan pilih course yang korang memang minat berdasarkan syarat kelayakan. Nak jadi cikgu sekarang banyak cabaran dik oii! Tapi jangan risau. Walaupun tak dapat IPG, tempat belajar lain pun ada kelebihan jugak. Masuk IPG kalau tak pandai survive tak guna jugak. Yang penting, kana pandai bawak diri.
P/s: Boleh suscribe dan tengok video di Youtube Abdul Muiez Ruslee. Banyak tips yang selalu Cikgu Muiez share pasal pendidikan memandangkan beliau ialah seorang kaunselor sekolah. Pergi follow cepat!
Jadi, itu saja untuk kali ni. Nantikan next sharing pulak okay! Banyak benda nak share dengan korang tapi tu lah tu. Jumpa lagi. Assalamualaikum dan bye!
Friday, January 17, 2020
T Planner 2020 by Teme Abdullah
Assalamualaikum dan hai semua. Salam 2020! Sedar tak sedar dah hampir 4 minggu kita berada dalam tahun 2020 kan? Mungkin belum terlambat untuk aku kongsikan pasal T Planner 2020 daripada Teme Abdullah. Buat yang tak kenal, mesti korang tertanya-tanya kan siapa Teme ni? Teme ni adalah seorang arkitek dan juga penulis buku. Korang boleh usha instagram dia untuk tengok siri buku yang dia dah tulis. And dia jugak dah buat 2 planner dan salah satunya T Planner 2020 ni lah. So untuk kali ni, aku nak share macam mana aku beli T Planner 2020 ni.
Pertama sekali, korang kena pastikan yang korang dah follow akaun instagram Teme untuk korang follow up pasal tarikh pre-order planner ni. Untuk planner kali ni, tarikh pre-order dibuka pada 24 Oktober 2019. Untuk pengetahuan korang, first edition T Planner 2019 ni hanya ada 11 111 unit sahaja dan T Planner 2020 pulak hanya 22 222 unit. Mesti korang rasa macam banyak gila kan? BUT NO!! Planner serius laku keras and habis terjual dalam masa kurang daripada seminggu sahaja. So sebab tu lah, korang kena follow akaun Teme supaya korang tak terlepas peluang nak beli planner ni. Korang jugak boleh tengok content planner tu dalam instagram dia.
So bila dah bukak tarikh pre-order, cepat-cepatlah korang ikut step yang dia dah tunjuk dekat instagram tu atau mungkin swipe up saja link yang dia dah bagi. Link ni akan terus direct untuk proceed payment planner korang. Untuk T Planner 2020 ni ada dua version iaitu Exclusive Planner dan Premium Planner. Harga bagi dua-dua planner ni berbeza sebab ciri-ciri dia pun memang lain. Jadi sebelum proceed payment, korang mesti dah tetapkan pendirian nak pilih yang mana satu. Kalau tak nanti melepas pulak. Hehehe.
Seperti yang dinyatakan, tarikh tu adalah pre-order bukannya order. Maka, dengan hati yang cekal dan tabah, korang perlu menunggu penghantaran planner korang dalam tempoh 2 bulan. Kebiasaannya, planner korang akan sampai pada pertengahan atau penghujung bulan 12. Oh ya! T Planner ni adalah di bawah Iman Publications. So, korang akan sentiasa diupdate tentang proses T Planner korang daripada lepas order sehinggalah planner korang dah sampai. Jangan risau, planner korang takkan lari. Waktu tahun baru tu korang dah boleh merancang dengan baik.
Apa yang bagus sangat tentang T Planner ni? Biasa je tengok. Okay untuk pengetahuan korang, T Planner untuk kedua-dua edition adalah hand drawn sendiri oleh Teme. Bukan senang ye nak lukis planner dengan colourful nya. Dan planner ni LIMITED EDITION. Bila semua unit tu dah habis dijual, no more restock and no more pre-order. Kalau korang nak, korang kena tunggu untuk planner untuk next edition pulak.
Aku dah grab dua-dua edition T Planner ni untuk 2019 dan 2020. Untuk 2020,aku pilih premium planner. Bagi aku, memang berbaloi sangat aku invest duit aku untuk planner tu. Planner tu memang cantik sangat and sangat spesifik sangat untuk susun plan korang. And this is my personal review and pendapat kita mungkin berbeza. Aku memang sayang gila nak catat dalam planner sebab taknak cemarkan planner tu dengan tulisan buruk aku kahkahkah. Untuk pengetahuan korang jugak, YDPA Agong dan Raja Permaisuri Agong pun ada jugak T Planner 2020 ni dan diberikan sendiri oleh Teme sendiri. Fuhhh!! Hebatkan T Planner ni?
T Planner 2020
Exlusive Planner - RM50
Premium Planner - RM75
So korang dah boleh start menabung untuk beli next edition pulak. Nanti sama-sama kita berebut untuk beli planner akan datang okayy. Korang boleh usha proses T Planner and perjalanan kisah hidup Teme yang kekal unknown di link berikut:
Instagram: teme Abdullah & The T Guy
Twitter: teme Abdullah
Blog: Temerity
Itu sahaja untuk kali ini. Sampai berjumpa lagi di next entry yaaa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
A Hating Game (Sally Thorne)
Assalamualaikum dan hai semua. Lama betul aku tak update kat sini. Harap korang semua sentiasa sihat dan jaga diri sepanjang PKP 3.0 ni. So ...